IPOH – Perak menyediakan peruntukan keseluruhan lebih RM7 juta bagi memperkasa usahawan tempatan menerusi pelbagai program pembangunan perniagaan dan bantuan pembiayaan dalam Belanjawan Negeri 2027.
Peruntukan itu merupakan sebahagian daripada 37 inisiatif di bawah Lima Titik Sentuhan yang menghimpunkan nilai keseluruhan kira-kira RM260.5 juta bagi meringankan beban kehidupan serta memperluas peluang kepada rakyat negeri ini, termasuk golongan muda. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030





