MGPerak: KKDW Perkasa Institusi TVET Beroperasi Secara Mesra Alam

106

Semua 281 institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menggunakan Buku Panduan Pelaksanaan Amalan Hijau TVET@KKDW.

Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang berkata, buku rujukan itu membolehkan semua institusi TVET berkenaan dapat beroperasi mengikut amalan Hijau atau mesra alam.

Beliau berkata, antara komponen utama dalam panduan itu ialah kecekapan tenaga dan air, pengurusan sisa, pengangkutan rendah karbon, reka bentuk bangunan hijau dan integrasi pendidikan kelestarian dalam kurikulum. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini