BERUAS – Ahli-ahli UMNO yang terus kekal bersama parti merupakan tonggak kekuatan UMNO dalam mendepani pelbagai cabaran politik masa kini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan kesetiaan terhadap parti adalah tindakan mulia berbanding mereka yang meninggalkan UMNO selepas mengecapi kejayaan hasil sokongan parti. – MGPerak