PRN Melaka: BN, MCA runding muktamadkan calon sebelum 31 Oktober ini

BAGAN DATUK – Barisan Nasional (BN) akan mengadakan rundingan bersama MCA bagi memuktamadkan calon parti komponen itu sebelum hari penamaan calon yang berlangsung hujung bulan ini.

Rundingan itu susulan tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang bertindak meninggalkan dewan ketika majlis pengenalan calon BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika majlis berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ka Siong turut memaklumkan kepadanya bahawa beliau terkejut dengan pengumuman calon berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh sekretariat sebelum majlis itu berlangsung.

“Walau bagaimanapun, ini masalah yang akan kita selesaikanlah. Kita akan adakan perbincangan sebelum 31 Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah Daerah Bagan Datuk di Tapak Pasar Malam Bagan Datuk di sini, hari ini.

Ahmad Zahid memaklumkan bahawa keputusan pemilihan calon berkenaan berkemungkinan dibuat hasil perbincangan antara Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dengan pengerusi serta barisan kepimpinan MCA negeri berkaitan senarai calon yang dicadangkan.

“Itu saya serahkan pada Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kerana mungkin beliau telah berbincang dengan pengerusi dan kepimpinan MCA Melaka.

“Ada peluang lagi kalau calon itu tidak dipersetujui kerana saya belum menandatangani watikah pelantikan calon. Jadi, terserah kepada Presiden MCA untuk melakukannya,” ujarnya.

Semalam, MCA diperuntukkan dua kerusi untuk PRN Melaka iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang dan Machap Jaya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PRN Melaka: BN Perak bantu kempen dua kerusi ‘panas‘ DUN Paya Rumput, Sungai Udang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI