BUKIT GANTANG – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan projek perintis lantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis di dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bermula Ogos ini.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dua MRSM terlibat ialah MRSM Besut, Terengganu dan MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang.
Menurutnya, pelantikan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kawalan disiplin dan sahsiah pelajar di luar waktu akademik. – MGPerak