JPJ berjaya kutip saman RM6.2 juta daripada pengendali kenderaan barangan

BANGI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip sebanyak RM6.2 juta hasil kutipan saman daripada pengendali kenderaan barangan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kesemua syarikat-syarikat terbabit datang menghubungi JPJ untuk mencari Jalan bagaimana untuk menyelesaikan saman yang dimiliki.

Katanya, saman-saman yang dibayar merupakan kompaun yang dikenakan tanpa diskaun.

“Jadi, kita diperingkat JPJ bantu untuk keluarkan rekod yang terkini macam mana untuk diselesaikan dengan segera (saman) dan sebagainya. Alhamdulillah, memang kita nampak syarikat-syarikat itu memang mereka ingin (lunaskan bayaran saman),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Hari Keluarga JPJ (HKJPJ) 2025 di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Terdahulu, sebelum ini media melaporkan, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) merupakan antara syarikat pengendali kenderaan barangan yang mencatatkan jumlah saman tertinggi atas pelbagai kesalahan mengikut Akta 333, Akta 334 dan Akta 715 (Akta Pengangkutan Jalan 1987).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dipetik berkata, JPJ memaklumkan syarikat itu mengumpul 22,017 saman setakat ini.

Katanya, syarikat bas ekspres Cepat Ekspres Sdn Bhd turut mencatatkan jumlah saman tertinggi iaitu sebanyak 540 saman.

Pengendali kenderaan barangan yang mencatatkan jumlah saman tertinggi diikuti Mainiza Mantap Sdn Bhd (5,108),Advanceco MACHINERY Sdn Bhd (3,620),VK Transport Sdn Bhd (3,016) dan Ng Swee Aik Trading Sdn Bhd (2,352).

Dalam pada itu Aedy Fadly menegaskan, pihaknya memberikan tempoh sebulan lagi bermula 9 Julai lalu untuk syarikat-syarikat terbabit melunaskan saman-saman yang dimilik.

Ujar beliau, ketika ini pihaknya telahpun mula menyenarai hitamkan kenderaan-kenderaan yang memiliki saman.

“Tetapi, bagi saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), saya hendak maklumkan kita telah membuat pengumuman pada 1 Julai yang lalu untuk saman itu dikenakan dengan kadar bayaran flat rate RM 150 sahaja sehingga 31 Disember 2025,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI