Mohd Faizal Yang Dipertua MPTI baharu

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan Mohd Faizal Md Kasim dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Watikah perlantikan berkenaan diserahkan Saarani kepada Mohd Faizal pada Rabu di Pejabat Menteri Besar Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Mohd Faizal merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Statistik Gunaan dan Perkomputeran dari Universiti Liverpool John Moores, United Kingdom (1997).

Beliau telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam perkhidmatan awam dengan memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Penolong Pengarah di Pusat Pengajian Lanjutan dan Kuantitatif di INTAN Bukit Kiara.

Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan Senior Manager di Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ketua Penolong Pengarah di Pejabat Sekretariat PEMUDAH serta Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Ketua Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Manjung dan juga Bagan Datuk.

Saarani dalam hantaran di Facebook miliknya turut menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Mohd Faizal dalam menerajui MPTI.

“Berbekalkan pengalamannya yang luas dalam selok belok pentadbiran awam, saya yakin beliau mampu memikul amanah ini dengan baik dalam memacu pembangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

“Tahniah buat ENCIK Faizal Md Kasim di atas pelantikan ini. semoga terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan Teluk Intan,” katanya. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI