Gaji minimum RM1,700 sebulan bermula hari ini – Kesuma

KUALA LUMPUR – Gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan secara rasminya bermula hari ini.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) berkata, arahan tersebut bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja serta tidak menjalankan aktiviti profesional seperti yang diklasifikasikan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020.

Katanya, langkah berkenaan berkuat kuasa serta-merta selaras pewartaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025, yang turut memperluaskan pelaksanaan gaji minimum kepada golongan pekerja kontrak perantisan.

“Sepanjang tempoh latihan itu, perantis terikat untuk bekerja bersama majikan yang melatihnya.

“Pindaan ini merupakan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan kebajikan semua golongan pekerja, termasuk perantis, terus terbela,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, kontrak perantisan merujuk kepada pekerja yang diambil dan dilatih secara sistematik oleh majikan dalam sesuatu bidang kemahiran, dalam tempoh antara enam hingga 24 bulan.

Dalam pada itu, Kesuma turut merakamkan penghargaan kepada majikan yang telah terlebih dahulu melaksanakan bayaran gaji minimum kepada pekerja perantisan.

Kesuma turut mengingatkan bahawa mana-mana majikan yang membayar lebih daripada kadar minimum tidak dibenarkan menurunkan kadar tersebut.

“Kesuma juga menggesa semua majikan supaya mematuhi undang-undang berkaitan gaji minimum yang kini dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak),” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI