Beberapa persimpangan jalan di Sungai Siput akan ditutup

SUNGAI SIPUT – Beberapa persimpangan jalan yang berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan 1 atau laluan utama di pekan Sungai Siput akan ditutup bagi meningkatkan keselamatan dan kelancaran trafik.

Ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Voon Kai Cheng, berkata, keputusan itu dibuat selepas diadakan perbincangan bersama MPKK dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, susulan kekerapan kes kemalangan dan kesesakan di kawasan berkenaan.

Katanya, menurut data daripada IPD Sungai Siput, sebanyak 360 kes kemalangan direkodkan di Sungai Siput dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan sebahagian besarnya berlaku di Jalan Besar Sungai Siput.

“Beberapa persimpangan dikenal pasti akan ditutup manakala beberapa laluan utama dikekalkan bagi mengurangkan kesan kepada pengguna dan peniaga.

“Laluan atau persimpangan yang dikekalkan termasuk persimpangan berhampiran Restoran KFC, Jalan Sungai Buloh dan Masjid India Muslim Sungai Siput.

“Keselamatan rakyat sentiasa diutamakan, namun kepentingan peniaga juga diberi perhatian. Kami turut menerima banyak aduan kesalahan trafik, khususnya pusingan haram kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Penutupan persimpangan jalan Sungai Siput kemalangan jalan Sungai Siput, keselamatan trafik Perak, MPKK Sungai Siput, Voon Kai Cheng, penutupan jalan Perak, JKR Kuala Kangsar, Jalan Besar Sungai Siput
Antara persimpangan jalan yang telah ditutup ekoran kekerapan berlaku kemalangan jalan raya di Pekan Sungai Siput.

Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong merangkap Exco Perak berkata, susulan daripada perkara itu Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Kangsar akan memberi penerangan berkenaan laluan alternatif bagi kenderaan berat dalam masa terdekat.

Kai Cheng memberitahu, ia supaya tiada gangguan yang akan membabitkan segala pergerakan logistik kenderaan berat dan aktiviti perniagaan sekitar.

Tambah beliau, di samping itu JKR juga telah memasang papan tanda had laju di laluan utama Pekan Sungai Siput memandang jalan berkenaan terdedah kepada risiko kemalangan akibat kelajuan tinggi oleh kenderaan awam.

“Kerajaan Perpaduan komited menambah baik infrastruktur setempat, termasuk pemasangan lampu jalan jalan diod pemancar cahaya (LED), projek mural berbilang kaum serta menaik taraf paip air oleh Lembaga Air Perak yang dijangka siap hujung September.

“Kerajan juga akan terus mengutamakan keselamatan dan kebajikan rakyat dengan dasar yang terbuka serta inklusif, sambil mengambil kira pandangan masyarakat demi kesejahteraan komuniti,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Menara Jam Besar Sungai Siput berwajah baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI