Aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih dekat Tapah ditutup serta-merta susulan kehilangan seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejak 23 Mei lalu.
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Zahari Ibrahim berkata, penutupan itu dibuat bagi memberi keutamaan kepada aspek keselamatan selain membolehkan penilaian semula dilakukan terhadap laluan pendakian di kawasan berkenaan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #GunungBatuPutih #SOPPendakian





