Pemilik sebuah syarikat gajet didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 529 unit telefon bimbit berjenama menggunakan cap dagangan berdaftar palsu, Februari lalu.
Tertuduh, Wong Soon Yaw, 37, turut berdepan hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Hukuman itu dijatuhkan selepas Soon Yaw yang juga Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #syarikatGajet #telefonbimbitpalsu





