Anak Najib, cucu muncul di mahkamah

KUALA LUMPUR: Anak keempat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa bersama anaknya, hadir di Mahkamah Tinggi di sini  selepas prosiding pengurusan kes bapanya berkait permohonan penangguhan hukuman penjara dan denda bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kelibat mereka  mencuri tumpuan wakil media yang menunggu kehadiran pasukan Najib di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Nooryana kepada pihak media berhubung perkara itu, selepas disapa oleh sepasukan rakan media.

Ketika ini keluarga bekas Perdana Menteri ketika masih menantikan perkembangan terbaharu berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas pemimpin berkenaan.

Terdahulu, keluarga Najib dilaporkan belum menerima sebarang makluman rasmi daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Penjara mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah.

Malah, pihak keluarga dan peguam juga belum menerima maklumat mengenai persiapan kediaman termasuk kerja pengubahsuaian bagi membolehkan pelaksanaan tahanan rumah itu dilakukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI