Ribut Pantai Remis: Bumbung 18 rumah, sebuah masjid terjejas

MANJUNG – Hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan di sekitar Pantai Remis pada sekitar tengah malam Rabu mengakibatkan 18 rumah penduduk dan sebuah masjid mengalami kerosakan.

Kesemua rumah berkenaan berada di kawasan perumahan Taman Nelayan 2, Jalan Pengkalan Baru serta Kampung Cina.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Manjung berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian ribut itu sekitar jam 8.56 pagi melalui aplikasi WhatsApp.

Ribut Pantai Remis Related keyphrase: ribut Manjung, bumbung rumah rosak, masjid terjejas ribut, hujan lebat Perak, angin kencang Pantai Remis, APM Manjung, Masjid Al-Aliah Pantai Remis, kerosakan rumah akibat ribut
Sebahagian bumbung masjid yang mengalami kerosakan sekitar tinjauan pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Manjung di kawasan yang terjejas ribut di Pantai Remis. Foto APM

Katanya, cuaca hujan lebat serta angin kencang telah mengakibatkan bumbung dan siling pada 18 rumah penduduk serta Masjid al-Aliah Pantai Remis mengalami kerosakan hingga berlaku kebocoran.

“Susulan itu, seramai empat anggota APM digerakkan ke lokasi menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi membuat pemantauan dan melakukan penilaian kerosakan.

“Pasukan tiba di Masjid Al-Aliah sekitar jam 1.15 tengah hari dan mendapati kerosakan ketara berlaku pada bumbung masjid akibat ribut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Ribut Pantai Remis Related keyphrase: ribut Manjung, bumbung rumah rosak, masjid terjejas ribut, hujan lebat Perak, angin kencang Pantai Remis, APM Manjung, Masjid Al-Aliah Pantai Remis, kerosakan rumah akibat ribut
Antara rumah mengalami kerosakan sekitar tinjauan pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Manjung di kawasan yang terjejas ribut di Pantai Remis. Foto APM

Tambahnya, kebanyakan rumah yang terjejas sedang melalui proses baik pulih segera bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk memandangkan cuaca mendung.

“APM Manjung akan terus mengemaskini laporan dari masa ke semasa bagi memastikan keadaan terkawal,” katanya lagi.

Difahamkan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden berkenaan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bumbung terbang, siling runtuh akibat ribut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI