Bidang kulinari antara yang mempunyai peluang kerjaya sangat luas kerana ia bukan sekadar memasak di hotel, tetapi merangkumi pelbagai cabang lain termasuk kesihatan, halal dan pasaran antarabangsa.
Antara peluang kerjaya yang tersedia dalam bidang kulinari termasuklah sebagai cef eksekutif, cef korporat dan peribadi, penyelidikan makanan dan minuman serta usahawan makanan dan minuman.
Program seni kulinari juga kini ditawarkan di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sekitar Perak sekali gus membuka peluang kepada pelajar untuk mendalami kemahiran dalam bidang tersebut. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #peraksejahtera2030 #tvet