Lelaki cedera jatuh pokok ketika cari petai

TAIPING – Seorang lelaki cedera apabila terjatuh pokok pada ketinggian 30 meter ketika mencari petai di Jalan Bukit Balai Raja, Gunung Kampung, Batu Kurau di sini pada Rabu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 11.34 pagi.

Menurutnya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat mangsa.

“Ketika tiba di kaki bukit kawasan tersebut, ketua operasi bersama anggota berjalan sejauh satu kilometer untuk ke lokasi mangsa terjatuh.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengarahkan anggota membuat rawatan awal kemudian membawa mangsa berusia 48 tahun itu turun menggunakan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 1.27 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Budak lelaki tujuh tahun dipercayai terjatuh parit ditemukan lemas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI