IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak bertindak membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memutarbelitkan isu Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, di sini.
Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha AMK Perak, Muhammad Izzuddin Hariz Bohari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini susulan kandungan video yang menunjukkan individu tertentu, termasuk selebriti luar kawasan, cuba memanipulasi isu surau tersebut bagi mencetuskan sentimen perkauman, dan agama serta menimbulkan kebencian kepada kerajaan. -MGPera