KUALA LUMPUR – Delegasi China dan Amerika Syarikat memulakan rundingan berhubung isu-isu ekonomi dan perdagangan di sini, hari ini, lapor agensi berita Xinhua.
Jurucakap Kementerian Perdagangan China dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, perbincangan itu selaras dengan konsensus penting yang telah dicapai oleh ketua-ketua negara China dan Amerika Syarikat melalui panggilan telefon mereka tahun ini.
Tambahnya, delegasi China diketuai oleh Naib Perdana Menteri, He Lifeng, yang juga merupakan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China. -AGENSI


