Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci

IPOH – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah yang berkunci di Taman Chandan Desa, Simpang Pulai, dekat sini, pada Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.38 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan pihak polis membuka pintu rumah.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba menggunakan peralatan pemotong bagi memotong kunci pintu pagar rumah.

“Setelah pintu berjaya dibuka, terdapat lelaki tempatan berusia 34 tahun ditemukan di bahagian dapur rumah terbabit.

“Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Shazlean memberitahu, mangsa kemudian dibawa keluar dari rumah menggunakan pengusung sebelum dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hazuraimee Iskandar Harun itu tamat pada jam 5.19 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kematian lelaki dalam kenderaan berkunci diklasifikasikan SDR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI