JOHOR BAHRU – Harga pas perjalanan Bas.My di seluruh negara bakal diturunkan daripada RM50 kepada hanya RM30 sebulan bagi membolehkan rakyat menikmati perjalanan tanpa had dengan kos serendah RM1 sehari sahaja.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu akan membantu meringankan kos sara hidup rakyat rakyat, malah mampu menjimatkan RM200 hingga RM300 setiap bulan.
“Kita tahu ada yang tinggal di Kulai, Pasir Gudang atau kawasan luar Johor Bahru dan bergantung sepenuhnya dengan bas untuk ke tempat kerja. Dengan pas RM30 ini, mereka boleh berjimat besar.
“Inisiatif itu hanya terpakai untuk warga negara Malaysia, manakala bukan warganegara masih perlu membayar tambang penuh mengikut perjalanan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti Bas.My Johor Bahru di Hentian Bas Sutera Mall di sini hari ini.
Setakat ini, perkhidmatan Bas.My beroperasi di Kangar, Kota Setar, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu serta Kuching dan akan beroperasi mengikut fasa di Kuantan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, penurunan harga pas itu juga akan diperluas ke semua negeri yang mempunyai perkhidmatan Bas.My supaya lebih ramai rakyat menikmati manfaat sama.
Siew Foke berkata, warga emas berusia 60 tahun ke atas, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), pelajar sekolah serta mahasiswa universiti awam dan swasta akan terus menikmati tambang percuma.
Selain itu, katanya, bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan, aplikasi Journey Planner diperkenalkan bagi membolehkan mereka melihat lokasi sebenar bas secara masa nyata, laluan dan jadual perjalanan.