Media Argentina dedah nenek Machuca lahir di wilayah Santa Fe

KUALA LUMPUR – Media di Argentina kembali menggegarkan arena bola sepak Malaysia apabila mendedahkan nenek kepada Imanol Machuca, Concepcion Agueda Alaniz dilahirkan di Roldan, Argentina.

Menurut laporan Capital de Noticias, Agueda Alaniz berasal dari bandar Roldan, wilayah Santa Fe, Argentina dan memiliki sijil kelahiran di sana dan bukannya seperti yang didakwa dilahirkan di Pulau Pinang sebelum ini.

Namun terdapat kemungkinan nenek Machuca berkahwin dengan warganegara Malaysia namun sijil perkahwinan Agueda Alaniz yang direkodkan menunjukkan sebaliknya dan tidak mengukuhkan dakwaan wujud hubungkait dengan Malaysia.

“Berdasarkan sijil kelahiran yang didaftarkan di wilayah Santa Fe, nenek kepada pemain Velez Sarsfield itu dilahirkan di Roldan,” menurut laporan tersebut.

“Pada 27 Ogos 1971, Concepción Agueda Alaniz berkahwin dengan Jorge Luis Saracho, seorang buruh harian yang juga dilahirkan di Roldan. Akhirnya, tiada dokumen yang menghubungkan Machuca dengan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain warisan negara dan denda ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA.

Selain digantung 12 bulan, Machuca bersama enam lagi pemain iaitu Rodrigo Holgado, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano turut dikenakan denda 2,000 franc Swiss (RM10,900) manakala FAM diperintah membayar denda keseluruhan 350,000 franc Swiss (RM1.9 juta).

Bagaimanapun, FAM dilaporkan berhasrat untuk membawa isu ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI