Menikmati kopi, juadah Jepun dan barat di tepi sawah

BAYANGKAN dapat menikmati secawan kopi panas dan sejuk sambil menghayati keindahan matahari terbenam berlatarkan sawah padi yang menghijau.

Itulah pengalaman menarik bagi mereka yang berkunjung ke Rhazz Padi Kafe yang terletak di di Jalan Chenderong Balai dekat Teluk Intan.

Suasana di kafe berkenaan pastinya menambat hati buat mereka yang mahu mencari ketenangan di luar hiruk-pikuk bandar dengan panorama menghijau yang cukup menenangkan.

Orang ramai mengunjungi Rhazz Padi Kafe di Chenderong Balai, Teluk Intan yang semakin dikenali masyarakat dari dalam dan luar sebagai lokasi ‘healing’ atau tempat merehatkan minda di tepi sawah padi. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.

Lebih istimewa, kafe itu bukan sekadar menyajikan kopi serta juadah berkonsepkan Jepun dan Barat, malah ia turut mempunyai sebuah dewan terbuka dan vila yang dilengkapi dengan kolam renang.

Pengusaha Rhazz Padi Kafe, Aiman Syamim Roslan, 31, berkata idea pembukaan kafe itu bermula daripada minat dan pengalaman beliau dalam dunia kopi serta inspirasi daripada perniagaan keluarga.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, meskipun kafe berkenaan baru sahaja beroperasi sejak Jun lalu, namun ‘kuasa’ tular di media sosial telah menarik kehadiran pelanggan dari dalam mahupun luar Perak.

Rhazz Padi Kafe Teluk Intan kafe tepi sawah Perak, pelancongan Teluk Intan, kafe viral Perak, Rhazz Villa Padi, kafe Jepun dan Barat Teluk Intan, destinasi santai Perak, kafe menarik Perak, percutian keluarga Teluk Intan
Pemilik Rhazz Padi Kafe, Aiman Syamim Roslan 31, di Chenderong Balai, Teluk. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.

“Sebelum ini adik saya menjual juadah makanan Jepun iaitu nasi mentai dan sushi inari dari rumah sekitar tahun 2020, dan saya pula merupakan bekas barista di sebuah rangkaian kopi terkenal.

“Oleh itu kami mengabungkan dua menu iaitu kopi dan makanan Jepun, ditambah dengan masakan Barat di Rhazz Padi Kafe seperti yang ada ketika ini,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak, baru-baru ini.

Orang ramai mengunjungi Rhazz Padi Kafe di Chenderong Balai, Teluk Intan yang semakin dikenali masyarakat dari dalam dan luar sebagai lokasi ‘healing’ atau tempat merehatkan minda di tepi sawah padi. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.

Menurut Aiman, walaupun menampilkan juadah yang menggunakan bahan masakan premium, namun Rhazz Padi Kafe masih mengekalkan harga makanan dan minuman yang mesra pelanggan.

Katanya, selain daripada ‘chicken chop’, antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah nasi mentai dengan pilihan ayam, sotong, ikan salmon, udang serta sushi inari berkonsepkan sos Jepun yang diolah mengikut cita rasa tempatan.

Orang ramai mengunjungi Rhazz Padi Kafe di Chenderong Balai, Teluk Intan yang semakin dikenali masyarakat dari dalam dan luar sebagai lokasi ‘healing’ atau tempat merehatkan minda di tepi sawah padi. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.

Tambah Aiman, Rhazz Padi Kafe juga menyajikan aneka pencuci mulut buatan sendiri seperti ‘tiramisu’, ‘dream cake’ dan pelbagai jenis tart keju yang menjadi kegemaran pelanggan muda.

“Semua bahan kami gunakan adalah yang premium dan halal, termasuk ‘cooking cream’ serta spageti yang diimport.

“Turut juga terdapat di sini adalah pelbagai jenis minuman khususnya kopi seperti cafe latte, mocha latte, salted caramel latte dan sebagainya,” katanya lagi.

Rhazz Padi Kafe Teluk Intan kafe tepi sawah Perak, pelancongan Teluk Intan, kafe viral Perak, Rhazz Villa Padi, kafe Jepun dan Barat Teluk Intan, destinasi santai Perak, kafe menarik Perak, percutian keluarga Teluk Intan
Antara makanan dan minuman dijual di Rhazz Padi Kafe di Chenderong Balai, Teluk Intan yang semakin dikenali masyarakat dari dalam dan luar sebagai lokasi ‘healing’ atau tempat merehatkan minda di tepi sawah padi. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.

Pelancongan keluarga tiga dalam satu

Salah satu tarikan menarik di Rhazz Padi Kafe adalah terdapat sebuah vila dilengkapi dengan lima buah bilik dan sebuah kolam renang peribadi yang boleh diinap.

Malah terdapat juga sebuah dewan terbuka yang boleh memuatkan sehingga 150 tetamu pada satu-satu masa menjadikan ia sebagai pelengkap kepada kawasan pelancongan keluarga di atas tanah berkeluasan 1.21 hektar.

Meskipun baru beroperasi sejak Jun lalu, Rhazz Padi Kafe di Chenderong Balai, Teluk Intan semakin dikenali masyarakat dari dalam dan luar sebagai lokasi ‘healing’ atau tempat merehatkan minda di tepi sawah padi.
Diusahakan di atas tanah seluas kira-kira 1.21 hektar, kafe ini bukan sahaja menawarkan hidangan makanan dan minuman menarik, malah turut memukau pengunjung dengan pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.

Aiman berkata, tanah sawah padi milik keluarganya itu mula dibangunkan mereka pada tahun lalu dengan pembinaan vila dengan diikuti dewan terbuka.

“Vila yang keluarga saya bangunkan dengan diberi nama ‘Rhazz Villa Padi’ itu mampu menampung sehingga 40 hingga 45 orang dalam satu masa.

“Oleh itu ia menjadikannya sebagai lokasi ideal untuk pelbagai acara seperti percutian keluarga, majlis perkahwinan, sambutan hari lahir, majlis persaraan dan sebagainya,” ujarnya.

Rhazz Villa Padi di Chenderong Balai, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.
Rhazz Padi Kafe Teluk Intan kafe tepi sawah Perak, pelancongan Teluk Intan, kafe viral Perak, Rhazz Villa Padi, kafe Jepun dan Barat Teluk Intan, destinasi santai Perak, kafe menarik Perak, percutian keluarga Teluk Intan
Rhazz Villa Padi di Chenderong Balai, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.

Kembali berbakti di kampung halaman

Menceritakan tentang bibit-bibit awal dalam dunia pengurusan kafe, Aiman berkata, minatnya dalam dunia perniagaan sudah mula berputik sejak di bangku sekolah.

Berkelulusan dalam bidang Pengurusan Pelabuhan dan Perkapalan Southampton, United Kingdom, Aiman memberitahu perjalanan hidupnya sebelum mengusahakan kafe itu agak berbeza.

Rhazz Padi Kafe Teluk Intan kafe tepi sawah Perak, pelancongan Teluk Intan, kafe viral Perak, Rhazz Villa Padi, kafe Jepun dan Barat Teluk Intan, destinasi santai Perak, kafe menarik Perak, percutian keluarga Teluk Intan
Pemilik Rhazz Padi Kafe, Aiman Syamim Roslan 31, bergambar bersama pekerjanya di Chenderong Balai, Teluk. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.

“Saya pernah bekerja dalam industri perkapalan antarabangsa termasuk syarikat American President Line (APL) dan terlibat mengusahakan beberapa rumah untuk disewa menerusi Airbnb di Kuala Lumpur pada tahun 2016.

“Dari situ saya belajar segala selok-belok dalam dunia perniagaan termasuk cuba memahami kehendak trend pelanggan mengikut perkembangan semasa.

“Saya bersyukur apabila keputusan saya untuk kembali berbakti di kampung halaman selepas jenuh merantau di tempat orang mendapat sokongan yang kuat daripada keluarga,” ujar bapa kepada tiga anak itu.

Orang ramai mengunjungi Rhazz Padi Kafe di Chenderong Balai, Teluk Intan yang semakin dikenali masyarakat dari dalam dan luar sebagai lokasi ‘healing’ atau tempat merehatkan minda di tepi sawah padi. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.
Orang ramai mengunjungi Rhazz Padi Kafe di Chenderong Balai, Teluk Intan yang semakin dikenali masyarakat dari dalam dan luar sebagai lokasi ‘healing’ atau tempat merehatkan minda di tepi sawah padi. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 NOVEMBER 2025.

Bagi mereka yang mahu mencari destinasi santai, atau lokasi percutian keluarga yang berlatar belakangkan pemandangan sawah padi, Rhazz Padi Kafe adalah lokasi tepat.

Dengan gabungan konsep pelancongan desa dan sajian istimewa, kafe itu harus menjadi antara lokasi wajib singgah bagi pelancong yang ingin merasai keindahan Teluk Intan daripada perspektif yang berbeza. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Killer dish’ cendol pulut durian, ‘mixed fruit’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI