Chalet mesra keluarga, rancakkan pelancongan pinggir bandar

IPOH – Terletak di kawasan berbukit di Chemor, SkyView Village di Desa Ulu Chemor, kini muncul sebagai destinasi percutian mesra keluarga baharu yang semakin mendapat perhatian baik daripada pengunjung tempatan mahupun luar negeri.

Mula beroperasi sejak Julai lalu, chalet yang dibangunkan di kawasan seluas 0.81 hektar itu menawarkan pengalaman percutian berasaskan alam semula jadi dengan suasana yang tenang, sejuk dan jauh daripada kesibukan kota.

Pengusaha SkyView Village, Mohamed Nordin Abdullah, 60, yang bersara sebagai penjawat awam pada tahun lalu memilih untuk tidak berehat sepenuhnya, sebaliknya membuat keputusan untuk terlibat dalam sektor pelancongan secara serius.

SkyView Village Ulu Chemor chalet mesra keluarga Perak pelancongan Chemor penginapan pinggir bandar Ipoh eco tourism Perak percutian keluarga Ipoh
Pengusaha SkyView Village, Mohamed Nordin Abdullah, 62, menunjukkan deretan chalet yang menjadi tumpuan pengunjung sejak mula beroperasi pada Julai lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 NOVEMBER 2025.

Katanya, sebanyak sembilan chalet disediakan di kawasan berkenaan menjadikan ia lokasi ideal untuk mereka yang mencari privasi dan pemandangan hijau yang menenangkan.

“Selain chalet, beberapa kemudahan tambahan turut disediakan bagi memastikan pengalaman percutian keluarga lebih menyeronokkan.

“Antaranya ialah kolam renang, serta kawasan rehat santai yang dikenali sebagai ‘Skybox’ yang lengkap dengan kemudahan karaoke, ruang permainan keluarga, serta sebuah kafe untuk kemudahan pengunjung,” katanya ketika ditemui SkyView Village Ulu Chemor, di sini, baru-baru ini.

Suasana sekitar SkyView Village yang dikelilingi kehijauan dan kawasan berbukit menawarkan percutian mendamaikan jauh daripada kesibukan kota. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 NOVEMBER 2025.

Menurut Mohamed Nordin, kesemua sembilan chalet mempunyai ruang yang selesa dengan keseluruhannya mampu menempatkan antara 30 ke 40 orang dalam satu-satu masa.

Namun kata beliau, kawasan lapang berhampiran kolam renang di kawasan berkenaan juga membolehkan pengunjung mendirikan khemah, dan sekali gus meningkatkan kapasiti sehingga 70 orang.

SkyView Village Ulu Chemor chalet mesra keluarga Perak pelancongan Chemor penginapan pinggir bandar Ipoh eco tourism Perak percutian keluarga Ipoh
Kemudahan ‘Skybox’ di SkyView Village menyediakan ruang santai lengkap dengan karaoke dan permainan keluarga bagi melengkapkan pengalaman percutian pengunjung. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 NOVEMBER 2025.

“Meskipun baru beroperasi, namun SkyView Village Ulu Chemor telah dikunjungi pengunjung dari luar Perak seperti dari Johor dan Terengganu yang datang menginap.

“Kami mendapat reaksi yang positif daripada pengunjung termasuk menerima penarafan lima bintang di platform atas talian seperti Booking dan Google Review.

“Usaha promosi yang kami jalankan melalui media sosial seperti i Instagram, TikTok, dan Facebook amat membantu kami menarik kehadiran pelancong-pelancong baru,” katanya lagi.

Kemudahan ‘Skybox’ di SkyView Village menyediakan ruang santai lengkap dengan karaoke dan permainan keluarga bagi melengkapkan pengalaman percutian pengunjung.

Chalet mesra keluarga

Selain keindahan pemandangan sekitar, lokasi yang tidak terlalu jauh dari bandar utama seperti Ipoh, Chemor dan Meru, menjadikan ia sebagai salah satu kelebihan buat SkyView Village Ulu Chemor.

Mohamed Nordin berkata, chalet yang diusahakan itu menumpukan pelbagai segmen pengunjung khususnya kepada mereka yang berpendapatan sederhana yang ingin mencari tempat percutian dengan harga berpatutan.

Pengusaha SkyView Village, Mohamed Nordin Abdullah, 60, ketika temubual bersama MG Perak di Chemor, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 NOVEMBER 2025.

“Sasaran utama pelanggan kami ialah mereka dalam golongan berpendapatan sederhana yang hendak beristirahat dengan keluarga. Di sini, kami sediakan pilihan penginapan yang selesa dan mampu dinikmati semua golongan.

“Selain daripada aktiviti percutian keluarga, SkyView Village Ulu Chemor turut sesuai untuk dianjurkan kenduri kahwin, majlis hari jadi, acara pertukaran tugas dan program berkumpulan,” katanya lagi.

Penganjuran Majlis Penyampaian Hadiah Lensa Merdeka Media Perak 2025 oleh Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) di SkyView Village di Desa Ulu Chemor.

Mengulas tentang pembangunan masa hadapan, Mohamed Nordin berkata, pihaknya sedang merancang membuka laluan mendaki bukit khusus bagi pengunjung yang meminati aktiviti lasak, terutama golongan remaja.

Kata beliau, laluan mendaki atau ‘hiking’ tersebut dijangka menjadi salah satu tarikan tambahan memandangkan kawasan bukit di sekeliling kawasan chalet itu mempunyai potensi yang besar bagi sebarang aktiviti rekreasi.

SkyView Village Ulu Chemor chalet mesra keluarga Perak pelancongan Chemor penginapan pinggir bandar Ipoh eco tourism Perak percutian keluarga Ipoh
Ruang bilik di SkyView Village direka ringkas dan selesa bagi memberikan pengalaman penginapan yang tenang kepada pengunjung. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 NOVEMBER 2025.
Kemudahan kolam renang yang disediakan di SkyView Village menjadi tarikan utama buat keluarga untuk bersantai sambil menikmati suasana hijau dan mendamaikan di kawasan berbukit Ulu Chemor. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 NOVEMBER 2025.

“Memandangkan turut terdapat beberapa kebun durian yang berhampiran, saya merancang untuk menjadikan pelancongan durian sebagai salah satu segmen buat pengunjung di SkyView Village Ulu Chemor.

“Pokok-pokok durian sedia ada pun sudah mula berbuah, dan InsyaAllah pada tahun depan kita akan merancang untuk diadakan program berkaitan durian sebagai tarikan baharu ke sini,” katanya lagi.

Bantu pembangunan ekonomi setempat

Dalam pada itu Mohamed Nordin berkata, pembangunan SkyView Village Ulu Chemor juga membantu meletakkan kawasan pinggir bandar itu dalam peta pelancongan di Perak.

Kata beliau, pihaknya berharap agar keberadaan chalet itu juga terus menjadi penyumbang dan pemangkin kepada peningkatan ekonomi penduduk setempat.

Pemandangan dari udara SkyView Village di Desa Ulu Chemor yang menempatkan sembilan chalet berkonsepkan percutian alam semula jadi, menawarkan suasana tenang dan privasi kepada pengunjung. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 NOVEMBER 2025.

“Saya berharap SkyView ini menjadi mekanisme untuk memajukan kawasan Chemor. Kita mahu ia memberi pendapatan tambahan kepada penduduk tempatan.

“Malah saya lihat, beberapa perniagaan kecil juga rancak dibuka di kawasan sekitar bagi memenuhi permintaan pengunjung di chalet kami,” ujar beliau.

Pendekatan dan usaha berkenaan dilihat sejajar dengan usaha kerajaan negeri memperkemas sektor ekopelancongan dengan menggalakkan penglibatan komuniti luar bandar, seiring dengan Prinsip Pertama Pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu Keseimbangan Pembangunan Fizikal dan Sosioekonomi.

Artikel Berkaitan:

Menikmati kopi, juadah Jepun dan barat di tepi sawah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI