Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke selatan Thailand – Konsulat

KUALA LUMPUR – Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan hasrat untuk melancong atau melawat Selatan Thailand.

Konsulat itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ia berikutan cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan ketika ini serta banjir yang sedang melanda di kebanyakan kawasan di Selatan Thailand.

Sementara itu, tambahnya, rakyat Malaysia yang sedang berada di Selatan Thailand pula dinasihatkan supaya peka dengan keadaan cuaca, mengikuti pengumuman, berita dan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa serta menjaga keselamatan diri masing-masing.

“Bagi yang memerlukan bantuan konsular, nombor pegawai bertugas yang boleh dihubungi seperti berikut: – Pegawai Bertugas (Duty Officer): +6681-9901930, e-mel: mwsongkhla@kin.gov.my,” katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan, Wilayah Songkhla mengisytiharkan zon kecemasan di tujuh daerah selepas hujan lebat berterusan menyebabkan banjir besar yang menjejaskan hampir 18,000 isi rumah.

Daerah yang terjejas ialah Rattaphum; Muang Songkhla; Khlong Hoi Khong; Ranot; Krasae Sin; Sathing Phra dan Hatyai.

Menurut pihak berkuasa tempatan, banjir turut menjejaskan 159 kampung di 28 daerah melibatkan 17,886 isi rumah atau 44,958 penduduk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI