BKK dua bulan gaji, rezeki besar untuk penjawat awam Perak

IPOH – Pengumuman Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam Belanjawan Perak 2026 disambut dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan oleh penjawat awam di negeri ini.

Pemberian bantuan itu disifatkan sebagai satu penghargaan besar oleh kerajaan negeri di atas khidmat mereka selama ini.

BKK dua bulan gaji, rezeki besar untuk penjawat awam Perak
Penjawat awam, Maizatul Akmal Mohamed Ramli, 46. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 NOVEMBER 2025.

Maizatul Akmal Mohamed Ramli, 46, yang sudah 21 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam berkata, bantuan berkenaan dianggap sebagai rezeki besar untuk keluarganya.

“Alhamdulillah, selepas mendengar pengumuman daripada Menteri Besar tadi, memang happy (gembira) sangat. Dua bulan itu bukan jumlah yang sedikit bagi saya, tetapi jumlah yang teramat besar,” katanya ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Dia merancang untuk menggunakan wang tersebut bagi urusan persekolahan anak-anak, terutama anak sulungnya yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Itu rezeki untuk dia (anak sulung). Sekarang dia tengah belajar di kolej vokasional ambil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Saya dan suami merancang untuk dia melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti teknikal yang dia boleh sambung,” ujarnya.

BKK dua bulan gaji, rezeki besar untuk penjawat awam Perak
Penjawat awam, Mior Muhammad Hatim Salbi, 33. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 NOVEMBER 2025.

Bagi Mior Muhammad Hatim Salbi, 33, yang kini memasuki tahun ketiga perkhidmatan, pengumuman tersebut memberikan kelegaan dan semangat baharu.

“Perasaan sudah pasti yang pertamanya saya gembira. Pengumuman Menteri Besar ini dapat membantu sedikit. Secara jujurnya saya memang gembira atas keprihatinan Menteri Besar,” katanya.

Dalam masa sama, dia turut merancang untuk menyimpan sebahagian daripada BKK berkenaan, melangsaikan baki hutang, dan sedikit daripadanya digunakan untuk ganjaran diri sendiri.

BKK dua bulan gaji, rezeki besar untuk penjawat awam Perak
Penjawat awam, Nadhirah Nasuroddin, 38. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 NOVEMBER 2025.

Sementara itu, Nadhirah Nasuroddin, 38, pula berkata, berita berkaitan pemberian dua bulan BKK itu memberikan kegembiraan kepadanya dan keluarga.

Dia merancang untuk memanfaatkan bantuan itu bagi meraikan anak-anak pada cuti sekolah hujung tahun ini.

“Saya cadangan duit BKK itu hendak digunakan untuk ‘celebrate’ dengan anak-anak sekali,” tambahnya.

Secara keseluruhan, pengumuman BKK dua bulan ini disifatkan sebagai suntikan semangat dan bantuan bermakna yang dapat meringankan komitmen kewangan penjawat awam di negeri ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI