MGPerak: Perak Rekod Hatrik Surplus, Kutipan Hasil RM1.24 Bilion

54

Kedudukan kewangan Perak terus mengukuh apabila apabila mencatat surplus tiga tahun berturut-turut dengan merekodkan kutipan hasil hampir RM1.24 bilion setakat 24 November 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejayaan mengurus fiskal negeri secara berhemat telah mengembalikan kekuatan kewangan Perak selepas melalui tempoh mencabar tiga hingga empat tahun sebelum ini.

Menurutnya, mengikut rekod, Perak mencatatkan lebihan atau surplus sebanyak RM29.6 juta pada 2022, RM62.4 juta pada 2023 dan RM45.6 juta pada 2024. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #belanjawanperak2026 #kutipanhasilperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini