Banjir: SDCC Perak diaktifkan

IPOH – Pusat Kawalan Operasi Bencana (SDCC) Perak diaktifkan sepenuhnya susulan musim hujan berterusan yang meningkatkan risiko banjir di beberapa lokasi sekitar negeri ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, pengoperasian penuh SDCC ini membolehkan penyelarasan antara agensi dilaksanakan secara lebih teratur dan efektif.

Katanya, ini termasuk pemantauan situasi, pengurusan maklumat serta tindakan respons segera bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin.

“SDCC berfungsi sebagai pusat utama bagi menyelaras segala laporan berkaitan kejadian banjir daripada daerah dan agensi terlibat serta mengumpul, mengesah dan menyalurkan maklumat rasmi kepada pihak berkuasa negeri untuk tindakan lanjut.

Banjir: SDCC Perak diaktifkan
Pusat Kawalan Operasi Bencana (SDCC) Perak yang terletak di Bangunan Perak Darukl Ridzuan beroperasi sepenuhnya susulan musim banjir di negeri. Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

“Selain itu, ia turut membantu mengaktifkan dan mengurus pusat kawalan operasi daerah (PKOB) sekiranya diperlukan serta menyokong operasi agensi penyelamat melalui penyampaian maklumat tepat, semasa dan berpusat.

“Pada masa sama, ia menghubungkan komunikasi antara semua agensi keselamatan, teknikal dan kebajikan bagi memastikan operasi di lapangan berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, orang ramai yang berdepan kejadian banjir, mempunyai maklumat kecemasan atau memerlukan bantuan boleh menghubungi SDCC Perak di talian 05-209 5013 untuk tindakan segera.

Kerajaan negeri menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada, mengikuti maklumat cuaca semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim tengkujuh ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2026: Saarani sebak sentuh isu banjir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI