IPOH – Dakwaan bahawa permohonan kemasukan ke pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Perak khususnya warga emas melebihi kapasiti, tidak benar.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, terdapat tiga buah Rumah Seri Kenangan (RSK) untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas yang diselia JKM. -MGPerak





