KESUMA rancang bina pusat rehabilitasi pekerja di setiap negeri

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merancang untuk membina pusat rehabilitasi pekerja di setiap negeri namun ia bergantung dengan kemampuan PERKESO.

Menterinya, Steven Sim, sehingga kini, PERKESO mempunyai dua pusat rehabilitasi iaitu di Melaka dan Perak manakala sebuah lagi sedang dalam pembinaan di Terengganu selain di Pulau Pinang yang diumumkan baru-baru ini.

“PERKESO juga mempunyai empat buah Pusat Satelit Rehabilitasi iaitu di Shah Alam, Tanjung Pelepas, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.

“Kita juga mempunyai 261 panel Pusat Rehabilitasi PERKESO di seluruh negara bagi menampung pesakit atau orang berinsurans untuk mendapatkan rawatan rehabilitasi,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengenai pusat rehabilitiasi ditubuhkan PERKESO, Sim berkata lebih 25,000 pesakit dalam kalangan pekerja sudah dirawat seja k 2014, dengan 70 peratus daripadanya berupaya kembali ke alam pekerjaan.

Kata beliau, baki 30 peratus memilih untuk bersara walaupun ada dalam kalangan mereka sudah pulih dan mampu berfungsi secara normal.

“Pusat rehabilitasi dijangka masih dapat menampung permintaan pekerja walaupun selepas Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau LINDUNG 24 jam melalui pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja 2025.

“KESUMA juga komited untuk mengurangkan kadar menunggu bagi proses rawatan daripada tiga bulan kini kepada sebulan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI