Green Tech Perak diteruskan tahun hadapan – Exco

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan meneruskan program Green Tech Perak pada tahun hadapan susulan sambutan pemain industri amat menggalakkan.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Teh Kok Lim berkata, program yang julung kali dianjurkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) telah banyak menyalurkan informasi berkaitan pembangunan mampan di negeri ini.

Menurutnya, kemuncak program adalah forum yang memfokuskan pembangunan tenaga bersih, inovasi hijau dan ekonomi kitaran.

”Kita nampak penglibatan (pemain industri) begitu bagus dan yang lebih penting, forum ini membawa informasi yang terkini kepada pihak industri dan semua yang berada di Perak.

”Ini menunjukkan Perak bersedia untuk maju ke hadapan dalam bidang ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Green Tech Perak 2025 bertemakan ESG Industrial Advantage yang diadakan di Hotel Casuarina@Meru di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq.

Green Tech Perak diteruskan tahun hadapan - Exco
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim melawat reruai pameran pada Program Green Tech Perak 2025: ESG Industrial Advantage di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 DISEMBER 2025.

Beliau berkata, program seumpama ini juga secara tidak langsung dapat menghimpunkan semua pemain industri untuk berkongsi maklumat yang berkaitan antara satu sama lain.

”Menerusi program ini, kita dapat mengumpulkan semua pemain industri dan pada masa sama mereka dapat bertukar fikiran dan informasi yang mereka perlu,” ujarnya.

Sebelum ini, pra-pelancaran Green Tech Perak 2025 telah diadakan dari 25 hingga 28 Oktober lalu menampilkan pelbagai aktiviti interaktif yang menekankan nilai kelestarian dan sains hijau.

Program kemuncak adalah Persidangan dan Pameran Green Tech Perak 2025 yang diadakan hari ini menghimpunkan pakar global, pemain industri dan pembuat dasar bagi memperkukuh perbincangan mengenai tenaga boleh baharu, inovasi ESG dan pelaburan mampan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak nafi pembangunan punca kemunculan harimau – Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI