Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia dilaksana bermula tahun hadapan – TPM

BAGAN DATUK – Kerajaan hari ini melancarkan Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM), yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata SPTM itu bertujuan memperkasakan kualiti pendidikan tahifz dan menjadi mekanisme pengiktirafan kepada huffaz dan institusi tahfiz.

Beliau berkata di bawah inisiatif itu, antaranya sebagai galakan kepada budaya kecemerlangan, dan 10 institusi tahfiz terbaik yang mencapai prestasi cemerlang berdasarkan kriteria SPTM akan diberikan insentif RM50,000 setiap satu.

“Ini bukan sekadar angka, bukan sekadar wang ringgit, tetapi ini satu suntikan motivasi agar institusi tahfiz terus mempertingkatkan kualiti dan juga amalan terbaik serta menjadi institusi cemerlang supaya kita ketengahkan sebagai model institusi tahfiz Malaysia, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara “Warisan Qurani, Membina Generasi Rabbani” di Masjid Tuminah Hamidi, di sini hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI