Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian insentif bernilai RM500 kepada setiap seorang pengamal media di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia sebagai penghargaan terhadap komitmen dan profesionalisme pengamal media dalam menyalurkan maklumat yang tepat berkenaan kerajaan negeri kepada masyarakat. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #MalamMediaPerakSejahteraTahun2025





