Lelaki ditemukan maut selepas terperangkap dalam gelung longkang

TAPAH – Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap dalam gelung longkang di Kampung Baru Tanah Mas di sini pada Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 1.38 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

“Setibanya di lokasi kita menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam gelung longkang dan tidak memberikan sebarang respon.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Ketua operasi kemudiannya melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dan mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung,“ katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 3.10 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki amuk guna pedang samurai, cederakan dua ahli keluarga ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI