Destinasi pelancongan Perak, ‘Hobbitoon Village’ ditutup sementara

IPOH – Hobbitoon Village salah satu tarikan pelancongan popular yang terletak di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands disahkan telah ditutup buat sementara waktu sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, penutupan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkaitan isu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, setakat ini beliau belum menerima maklumat terkini mengenai status penuh penutupan tersebut.

“Setakat ini, secara general (umum) saya belum mendapat info terkini. Tapi, saya difahamkan pembinaan sedia ada belum dapat kelulusan dan atas faktor keselamatan, ia diarahkan untuk menutup operasi sementara sehingga syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi.

Destinasi pelancongan Perak, ‘Hobbitoon Village’ ditutup sementara
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Aplikasi Web Perak Pawsitive & Majlis Penutup Perak Pawsitive Initiative 2025 di Dewan Megastar Ipoh, Buntong, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 DISEMBER 2025.

“Kawasan pelancongan itu berada di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan kita akan semak balik isu berkenaan dengan pihak berkaitan,“  katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Pelancaran Aplikasi Web Perak Pawsitive dan Majlis Penutup Perak Pawsitive Initiative 2025 di Dewan Megastar di sini, hari ini.

Terdahulu, makluman rasmi penutupan Hobbitoon Village telahpun dibuat sejak September lalu dengan menyatakan premis tersebut akan menjalankan kerja-kerja naik taraf.

Hobbitoon Village berkonsepkan perkampungan orang kerdil itu telah dibuka sejak 1 Januari 2024. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerjasama ditagih pastikan pelancong menginap lebih sehari di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI