Dua cedera MPV terbakar 80 peratus di Lebuhraya PLUS

GOPENG – Dua cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbakar 80 peratus di Kilometer 292.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.16 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati api sedang marak membakar hampir 80 peratus dari keseluruhan MPV Toyota Unser.

“Kemalangan itu mengakibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun mengalami kecederaan pada bahagian tangan manakala seorang wanita warga emas berusia 70 tahun cedera di bahagian muka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ketua operasi kemudiannya melaksanakan penilaian situasi dan mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja pemadaman.

“Kedua-dua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans. Operasi tamat sepenuhnya jam 6 pagi,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemukan maut selepas terperangkap dalam gelung longkang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI