Kedutaan Malaysia di Arab Saudi pastikan urusan Allahyarhamah Nadiah lancar

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri ini menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nadiah Kasumawati yang dilaporkan meninggal dunia di Jeddah selepas dilaporkan hilang sejak 15 Januari 2026.

“Hasil usaha Konsulat Jeneral dalam mengesan keberadaan beliau melalui kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan serta semakan rekod berkaitan, kementerian dengan ini mengesahkan individu berkenaan telah meninggal dunia.

“Pihak keluarga telah pun dimaklumkan mengenai berita duka ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar Negeri turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam mengendalikan urusan ini.

Katanya, bagi memastikan segala urusan berjalan lancar, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah sedang giat memberikan bantuan konsular sepenuhnya kepada pihak keluarga.

“Wakil-wakil daripada kedua-dua perwakilan Diplomatik Malaysia tersebut akan berada di lapangan bagi memantau perkembangan secara dekat serta memudah cara proses-proses selanjutnya.

“Kementerian Luar Negeri ingin menegaskan keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan.

“Bagaimanapun, memandangkan kes ini melibatkan privasi pihak keluarga, Kementerian ini tidak akan mengulas lanjut mengenai butiran peribadi individu terlibat bagi menghormati sensitiviti semua pihak,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI