MK Land perkukuh komuniti mampan melalui projek Eugenia, Lily

IPOH – MK Land Holdings Berhad (MK Land) terus memperkukuh kedudukannya sebagai pemaju hartanah pilihan di Perak menerusi projek kediaman teres dua tingkat Eugenia dan Lily yang dilancarkan baru-baru ini.

Sebelum ini, MK Land telah melancarkan Perdana Centerpoint 3, sebuah pembangunan komersial strategik yang menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

Kesemua projek ini terletak di dalam perbandaran MK Land di Ipoh – Chemor, kawasan yang terus mencatatkan permintaan yang kukuh daripada pembeli rumah dan pelabur.

Ketua Hartanah Wilayah Utara, Norida Abu Kassim berkata, pelancaran Eugenia, Lily dan Perdana Centerpoint 3 mencerminkan komitmen jangka panjang MK Land dalam membangunkan komuniti yang bukan sahaja mampu milik, tetapi juga berkualiti, mapan dan berdaya huni.

Menurutnya, pendekatan ini selari dengan empat keutamaan syarikat yang merangkumi aspek Ekonomi, alam sekitar, pendidikan dan sosial.

“Menerusi pelancaran Eugenia di Klebang Putra 3, Lily di Raia Perdana serta Perdana Centerpoint 3 di Meru Perdana 2 dan projek-projek terdahulu seperti Carissa dan Miltonia, kami berbangga dapat menawarkan pilihan kediaman dan premis komersial yang bukan sahaja moden dan praktikal, tetapi juga menyokong pertumbuhan komuniti setempat.

“Projek-projek ini adalah bukti usaha berterusan kami untuk membina komuniti mampan yang dapat dinikmati oleh generasi kini dan akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi MK Land Wilayah Utara, Nazri Tumin berkata, setiap projek MK Land di koridor utara Ipoh dibangunkan dengan prinsip pembangunan mampan.

“Projek Eugenia, Lily dan Perdana Centerpoint 3 direka bukan sahaja untuk memenuhi keperluan kediaman dan komersial tetapi juga untuk menyokong pembangunan perbandaran yang menyeluruh, inklusif dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi kami dalam membangunkan komuniti yang mampan dan lestari.

“Pembangunan ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang syarikat untuk memperkasakan wilayah utara, terutamanya Ipoh sebagai hab kediaman dan komersial yang lebih mampan.

“Kami juga percaya pembangunan lestari harus memberi manfaat bukan sahaja kepada pemilik rumah, tetapi kepada seluruh komuniti untuk mencipta persekitaran hidup yang selesa, mampan dan bernilai tinggi untuk generasi masa depan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ipoh pemangkin pelancongan warisan, koridor global – Datuk Bandar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI