Penantian lebih dua dekad berakhir apabila seramai 34 bekas pekerja ladang menerima hak milik tanah menerusi Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Wilayah Batu 1, Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar, pada Selasa.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, kesemua penerima terdiri daripada bekas pekerja Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak yang terpaksa meninggalkan estet berkenaan selepas berlaku peralihan tanaman daripada getah kepada kelapa sawit.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal sebelum kerajaan negeri bersetuju menyediakan tanah seluas 36.6593 hektar (98.26 ekar) untuk dijadikan RPT Wilayah Batu 1. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #RancanganPerkampunganTersusun





