MGPerak: Mahu Bina Rumah Lepas Peroleh Geran Tanah Yang Ditunggu Lebih 20 Tahun

70

Seramai 34 bekas pekerja ladang getah di sini akhirnya menerima geran hak milik tanah yang diperjuangkan sejak tahun 1999, sekali gus membuka lembaran baharu untuk mereka memiliki kediaman sendiri.

Mereka adalah bekas pekerja Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak yang menerima geran hak milik tanah menerusi Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Wilayah Batu 1, Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar hasil usaha Kerajaan Negeri Perak.

Salah seorang penerima, M Mageswari, 73 berkata, pelbagai usaha telah dilakukan sehingga dia berjaya memperoleh geran berkenaan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #gerantanah #RancanganPerkampunganTersusun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini