Anjing liar mati dipercayai terkena letupan, warga emas ditahan

BATU GAJAH – Seorang lelaki warga emas ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kematian seekor anjing liar yang disyaki terkena letupan di Pusing dekat sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 39 tahun berhubung kejadian itu pada jam 9.30 pagi semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai berlaku pada 28 Januari lalu sekitar jam 7.30 malam apabila penduduk mendengar bunyi letupan yang kuat dan mendapati seekor anjing liar telah mati terbaring di atas jalan raya dalam keadaan mulut berlumuran darah di berhampiran sebuah restoran di Pusing,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, susulan maklumat yang diterima, polis telah menahan seorang lelaki berusia 64 tahun di sebuah kedai di Pusing disyaki suspek kes tersebut.

“Permohonan reman akan dibuat pada hari ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pekerja kebun warga Myanmar maut ditikam parang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI