DKKN dasar komprehensif perkukuh institusi keluarga

IPOH – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), memperkenalkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) 2026–2030 sebagai kerangka dasar yang komprehensif serta langkah strategik dalam memperkukuh institusi kekeluargaan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelaksanaan yang disokong oleh Pelan Tindakan Keluarga Negara itu sebagai usaha menambah baik dasar sedia ada yang kali terakhir ditambah baik pada tahun 2010.

Katanya, dasar berkenaan digubal untuk memastikan kesejahteraan keluarga sentiasa menjadi keutamaan pembangunan negara terutamanya dalam era yang penuh dengan perubahan sosioekonomi dan transformasi digital.

Dasar Kasih Keluarga Negara DKKN DKKN 2026–2030 dasar keluarga Malaysia institusi keluarga Malaysia KPWKM dasar keluarga Nancy Shukri DKKN kesejahteraan keluarga Malaysia pelan tindakan keluarga negara keluarga MADANI
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

“Keluarga berdepan tekanan kos sara hidup, peningkatan kadar perceraian, perubahan gaya hidup serta cabaran dunia digital dan perubahan iklim.

“Semua ini memberi kesan langsung kepada kestabilan emosi, kesejahteraan kewangan dan keharmonian institusi keluarga.

“Justeru, dasar ini bukan sekadar respons kepada statistik, tetapi satu komitmen untuk memastikan keluarga Malaysia terus kukuh, berdaya tahan dan dilindungi dalam menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran DKKN dan Jelajah Sejahtera Madani-Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, di sini pada Sabtu.

Majlis yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dasar Kasih Keluarga Negara DKKN DKKN 2026–2030 dasar keluarga Malaysia institusi keluarga Malaysia KPWKM dasar keluarga Nancy Shukri DKKN kesejahteraan keluarga Malaysia pelan tindakan keluarga negara keluarga MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) pada Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

Mengulas lanjut Nancy berkata, DKKN dan PTKN dirangka berasaskan kepada analisis menyeluruh terhadap trend makro yang memberi kesan langsung kepada kestabilan institusi keluarga.

Jelas beliau, dasar itu melibatkan lima teras ,16 strategi, tiga mekanisme pemudah cara, serta 43 tindakan bersepadu yang diselaraskan bagi memperkukuh institusi keluarga di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan Sejantera Madani Pendidikan pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

“Keluarga ialah unit asas negara. Jika keluarga kukuh, masyarakat stabil. Jika keluarga rapuh, negara turut terkesan.

“Dasar ini menggunakan pendekatan kitaran hayat, iaitu daripada praperkahwinan, pembentukan keluarga, keibubapaan sehinggalah ke fasa warga emas. Ia supaya setiap peringkat kehidupan diberi perhatian yang sewajarnya.

“Pembangunan tidak boleh diukur melalui angka ekonomi semata-mata. Kesejahteraan rakyat perlu dilindungi, terutamanya ketika mereka berhadapan musibah,” katanya lagi.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis Nancy berkata, pelaksanaan DKKN bagi tempoh lima tahun itu akan dipantau secara berterusan dengan keberkesanannya diukur setiap dua tahun melalui Indeks Kesejahteraan Keluarga.

Jelas beliau, di bawah dasar berkenaan, kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada pengurusan isu-isu berkaitan kekeluargaan seperti keibubapaan, penjagaan anak-anak serta isu kehamilan remaja. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Ekonomi berkembang 6.3 peratus bukti dasar tatakelola berkesan – Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI