MGPerak: Op Khas Tahun Baharu Cina: Pemandu Positif Dadah Antara Kesalahan Dikesan

47

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 12 notis hasil pemeriksaan ke atas 119 bas ekspres dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 di Perak sejak Jumaat hingga Isnin.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, pemeriksaan dilakukan di depoh dan terminal bas, selain penyamaran anggota sebagai penumpang kenderaan berkenaan pada sepanjang operasi itu berlangsung.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan adalah pemandu bas positif dadah, penumpang tidak memakai, pemandu bas memandu di lorong kanan secara berterusan serta tiada pemandu kedua bagi jarak lebih 300 kilometer (km). -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini