Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang sejak Januari

IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Kawsara Bibi Mohamad Noor beralamat di Taman Menglembu Impiana, di sini.

“Usaha bagi mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan dan hebahan ini dibuat bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat yang boleh membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid, di talian 013-7312477 atau Balai Polis Bukit Merah di talian 05-3210925.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Laporan kehilangan Nadia Kesuma dirujuk kepada Konsulat Malaysia di Arab Saudi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI