Menjadi Ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia sejak di bangku sekolah rendah mendekatkan Aysha Zahra Anuar, 17, lebih dengan masyarakat disamping mengharumkan nama sekolah serta negeri Perak.
Maka tidak hairanlah apabila pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Methodist (MGS), Ipoh ini menjadi calon bagi Anugerah Pandu Puteri Raja 2026.
Bercakap kepada Malaysia Gazette (MG) Perak, Aysha Zahra berkata, pada mulanya dia menyertai Kadet Remaja Sekolah semasa di darjah empat namun membuat keputusan menukar unit beruniformnya kepada Pandu Puteri. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #panduputeri #AnugerahPanduPuteriRaja2026





