PRIM kekal tradisi lebih sedekad, agih 7,000 nasi beriani percuma

IPOH – Persatuan India Muslim Perak (PRIM) meneruskan tradisi pengagihan nasi beriani ayam secara percuma pada setiap Ramadan yang diadakan sejak lebih sedekad lalu.

Pengerusinya, Mohamed Arib Aliah berkata, pada tahun ini sebanyak 7,000 bekas nasi beriani ayam diagihkan pada program yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Perak di sini pada Khamis.

PRIM kekal tradisi lebih sedekad, agih 7,000 nasi beriani percuma
Pengerusi Persatuan India Muslim (PRIM) Perak, Mohamed Arib Aliah pada sidang media selepas hadir pada Program Pengagihan Nasi Beriani Juadah Berbuka Puasa anjuran PRIM Perak dengan kerjasama Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di Ipoh pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MAC 2026.

Menurutnya, program itu pada peringkat awalnya diadakan di sekitar Masjid India Muslim Ipoh sebelum dipindahkan ke Masjid Negeri Perak selepas mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan masjid.

“Alhamdulillah, program ini diadakan secara tahunan bermula di Masjid India Muslim Ipoh pada tahun 2014.

“Bagaimanapun, akibat ruang yang agak sempit dan jalan sesak, lokasinya ditukar ke Masjid Negeri Perak pada tahun 2018. Alhamdulillah, kita telah melaksanakan program ini selama sembilan tahun di sini.

PRIM kekal tradisi lebih sedekad, agih 7,000 nasi beriani percuma
Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk mengambil nasi beriani ayam secara percuma pada Program Pengagihan Nasi Beriani Juadah Berbuka Puasa anjuran Persatuan India Muslim (PRIM) Perak dengan kerjasama Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di Ipoh pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MAC 2026.

“Kita bermula dengan 1,000 bekas sebelum meningkat kepada 2,000, 3,0000 dan alhamdulillah hari ini kita berjaya mengagihkan 7,000 bekas nasi beriani ayam kepada orang ramai,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Pengagihan Nasi Beriani Juadah Berbuka Puasa anjuran PRIM Perak dengan kerjasama Masjid Negeri Perak, di sini pada Khamis.

PRIM kekal tradisi lebih sedekad, agih 7,000 nasi beriani percuma
Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk mengambil nasi beriani ayam secara percuma pada Program Pengagihan Nasi Beriani Juadah Berbuka Puasa anjuran Persatuan India Muslim (PRIM) Perak dengan kerjasama Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di Ipoh pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MAC 2026.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim; dan Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh.

Pengagihan nasi beriani ayam itu selesai dalam tempoh sejam selepas ia mula diedarkan bermula jam 3.20 petang.

Dalam pada itu, Mohd Arib memaklumkan, selain program agihan pek makanan, persatuan tersebut turut melaksanakan program bantuan Hari Raya khusus untuk golongan asnaf B40.

PRIM kekal tradisi lebih sedekad, agih 7,000 nasi beriani percuma
Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk mengambil nasi beriani ayam secara percuma pada Program Pengagihan Nasi Beriani Juadah Berbuka Puasa anjuran Persatuan India Muslim (PRIM) Perak dengan kerjasama Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di Ipoh pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MAC 2026.

Katanya, program berkenaan dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan di Masjid Muhammadiah Tasek atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina dengan kerjasama pihak masjid berkenaan.

“Pada program itu, kira-kira 150 keluarga kurang berkemampuan akan menerima bantuan bakul makanan bernilai RM200,“ jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Masjid, surau di Perak disaran sedia makanan percuma harian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI