MK Land santuni 250 anak yatim, pelajar tahfiz menerusi siri jelajah Ramadan

IPOH – MK Land Holdings Berhad (MK Land) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyantuni lebih 250 anak-anak yatim dan pelajar tahfiz menerusi Siri Jelajah Ramadan MK Land di empat lokasi utama syarikat itu beroperasi sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Operasi Wilayah Utara, Nazri Tumin berkata, jelajah tersebut bermula di Damansara Perdana diikuti Ipoh, seterusnya Bukit Merah dan berakhir di Langkawi.

MK Land santuni 250 anak yatim, pelajar tahfiz menerusi siri jelajah Ramadan
Ketua Pegawai Operasi MK Land Wilayah Utara, Nazri Tumin (dua, kiri) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim pada Majlis Iftar dan Solat Tarawih MK Land Wilayah Utara Bersama Asrama Anak-Anak Yatim Budi Mulia Nurul Iman di Galasa Galdwell, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

Menurutnya, program yang diadakan pada setiap tahun ini adalah usaha syarikat berkenaan untuk menyemarakkan semangat kebersamaan serta berkongsi kegembiraan bersama golongan memerlukan.

“Program ini adalah satu inisiatif yang kita lihat di bawah agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat yang  menekankan pembangunan komuniti secara inklusif dan mampan.

MK Land santuni 250 anak yatim, pelajar tahfiz menerusi siri jelajah Ramadan
Suasana sekitar Majlis Iftar dan Solat Tarawih MK Land Wilayah Utara Bersama Asrama Anak-Anak Yatim Budi Mulia Nurul Iman di Galasa Galdwell, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

“Menerusi program ini, kita ambil peluang kepada pelbagai pihak untuk berkumpul bersama anak yatim dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di peringkat negeri dan organisasi berkaitan dalam suasana lebih santai bersempena Ramadan

“Selalunya kalau kita berjumpa dengan mereka, biasanya dalam mesyuarat, yang ini relaks, sama-sama kita meraikan bulan Ramadan, kemudian kita akan teruskan dengan terawih bersama-sama. Selepas itu, kita akan moreh sebelum kita menamatkan majlis kita pada malam ini,“ katanya.

MK Land santuni 250 anak yatim, pelajar tahfiz menerusi siri jelajah Ramadan
Suasana sekitar Majlis Iftar dan Solat Tarawih MK Land Wilayah Utara Bersama Asrama Anak-Anak Yatim Budi Mulia Nurul Iman di Galasa Galdwell, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Majlis Iftar dan Solat Tarawih Wilayah Utara bersama Asrama Anak-Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda di Galasa Caldwell, di sini malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif M K Land, Tan Sri Felina Mustapha Kamal dan Ketua Hartanah Wilayah Utara, Norida Abu Kassim.

Dalam pada itu, Nazri berkata, seramai 38 anak-anak yatim dan 10 guru pengiring dari Asrama Anak-Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda, Chemor diraikan dan mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada MK Land pada majlis yang diadakan semalam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MK Land perkukuh komuniti mampan melalui projek Eugenia, Lily

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI