Bubur anak lebah tarikan Mega Bubur Lambuk UniKL RCMP

IPOH – Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) meneruskan tradisi tahunan memasak bubur lambuk dan mengedarkan 5,000 bekas kepada pelajar, staf serta komuniti berhampiran sempena program Mega Bubur Lambuk tahun ini.

Menariknya, selain bubur lambuk ayam dan daging, pihak universiti turut mengedarkan bubur anak lebah kepada warga kampus.

Bubur anak lebah tarikan Mega Bubur Lambuk UniKL RCMP
Kakitangan Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) bergotong royong memasak bubur lambuk pada Program Mega Bubur Lambuk UniKL RCMP di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 10 MARCH 2026.

Ketua Jabatan Pembangunan Pelajar UniKL RCMP, Monarusnita Abu Bakar berkata, program tersebut adalah acara tahunan universiti yang dilaksanakan secara gotong-royong melibatkan pelajar dan staf.

Menurutnya, sebanyak lapan periuk dengan 30 kilogram beras digunakan bagi menyediakan bubur lambuk, dengan empat daripadanya dimasak di dalam kampus manakala bakinya disediakan di luar kawasan kampus.

“Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan kita memasak dua jenis bubur lambuk iaitu bubur lambuk ayam dan bubur lambuk daging yang akan diedarkan kepada kepada pelajar, staf serta sebahagian komuniti yang berdekatan dengan kampus di sini,” katanya.

Bubur anak lebah tarikan Mega Bubur Lambuk UniKL RCMP
Ketua Jabatan Pembangunan Pelajar UniKL RCMP, Monarusnita Abu Bakar. Foto ABDULLAH YUSOF 10 MARCH 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Mega Bubur Lambuk UniKL RCMP di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Monarusnita turut memaklumkan bahawa program tersebut mendapat tajaan daripada beberapa penyumbang di kampus RCMP serta sokongan daripada kampus utama.

Bubur anak lebah tarikan Mega Bubur Lambuk UniKL RCMP
Kakitangan Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) bergotong royong membungkus bubur anak lebah pada Program Mega Bubur Lambuk UniKL RCMP di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 10 MARCH 2026.

“Selain bubur lambuk, pihak universiti turut menyediakan bubur anak lebah sebagai hidangan tambahan yang akan diagihkan kepada pelajar dan staf.

“Sebanyak empat termos bubur anak lebah yang disediakan di Batu Gajah telah dihantar ke kampus ini sebelum dipek untuk edaran. Dianggarkan kira-kira 600 bekas bubur anak lebah akan diagihkan kepada warga kampus.

Bubur anak lebah tarikan Mega Bubur Lambuk UniKL RCMP
Kakitangan Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) bergotong royong membungkus bubur anak lebah pada Program Mega Bubur Lambuk UniKL RCMP di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 10 MARCH 2026.

“Bubur anak lebah yang disediakan menggunakan warna asli pandan tanpa perasa tambahan yang memberikan aroma pandan lebih wangi dan semula jadi,“ ujarnya.

Katanya, program berkenaan bukan sahaja dilaksanakan di UniKL RCMP, malah menjadi sebahagian daripada program Mega Bubur Lambuk UniKL yang diadakan serentak di 12 kampus seluruh negara yang berpusat di UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT)

Tambahnya, program tersebut juga mengeratkan hubungan antara pelajar dan staf selain  menjadi platform untuk berkongsi rezeki dengan komuniti setempat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PCSH dengan kerjasama Bomba Perak edar 2,000 bubur lambuk percuma

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI