Sultan Nazrin berkenan terima zakat lebih RM5.6 juta

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat lebih RM5.6 juta daripada lapan syarikat korporat dan tiga individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) pada majlis berbuka puasa bersama pegawai agama dan Imam di Istana Iskandariah, di sini malam tadi.

ZAPAR menerusi satu kenyataan memaklumkan, penyerahan zakat didahului dengan pembayaran zakat pendapatan daripada Dr Ahmad Latiffi Muhammad Sidek berjumlah RM120,000, disusuli Azim Radin Mustapha Amiruddin sebanyak RM100,000.

Seterusnya penyerahan zakat perniagaan daripada Azzizudin Sdn Bhd diwakili setiausaha syarikat, Norzita Rabaai berjumlah RM496,103.57, diikuti Bank Islam Malaysia Berhad diwakili Pengerusinya, Tan Sri Dr Ismail Bakar dengan zakat berjumlah RM751,000.

Ismail yang juga Pengerusi KPJ Healthcare Berhad mewakili syarikat itu turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,386,000, diikuti BBV Engineering (M) Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Ahmad Shafuan Arifin sebanyak RM200,000 dan Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul berjumlah RM1,138,486.

Ini disusuli penyerahan zakat perniagaan daripada Pakeeza Restaurant & Catering diwakili pemiliknya, Rizal Ali Naizali berjumlah RM150,000 dan Dr Nurul Haizam Yahaya yang membayar zakat pendapatan berjumlah RM310,000.

Dalam majlis sama, Puncak Emas Infra Sdn Bhd membayar zakat perniagaan diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mesnor Bujang berjumlah RM850,000.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Zaman Motors Sdn Bhd yang diwakili Pengarahnya, Datuk Khadri Khalid sebanyak RM172,000.

Baginda kemudian berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Sementara itu, ZAPAR menjelaskan bahawa zakat bukan sekadar tuntutan syariat, malah menjadi lambang keprihatinan dan kasih sayang sesama insan dalam memelihara kesejahteraan ummah.

“Pengurusan zakat yang teratur dan beramanah akan memperkasa institusi zakat khususnya ZAPAR.

“Setiap sumbangan akan disalurkan dengan sebaik-baiknya serta mengangkat martabat asnaf dan memakmurkan negeri Perak,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak berkenan sampaikan sumbangan hari raya RM12.6 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI