MGPerak: PBT Di Perak Bertindak Tangani Risiko Pokok Tumbang – Exco

2

IPOH – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Perak sentiasa menjalankan kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan pokok mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, langkah itu dilaksanakan susulan kejadian pokok dan dahan tumbang akibat ribut yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, pada tahun lalu Jabatan Landskap Negara turut mengeluarkan sebuah buku panduan kepada semua PBT yang mengandungi garis panduan lebih jelas dan komprehensif berkaitan jenis pokok yang sesuai untuk ditanam. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini