MGPerak: Sultan Nazrin, Tuanku Zara Berangkat Ke Majlis Hari Raya Peringkat Negeri

59

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2026 di Stadium Indera Mulia di sini, pada Sabtu.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira pada jam 3.10 petang disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; isteri, Datin Seri Aezer Zubin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; serta barisan exco kerajaan negeri.

Turut berangkat ke majlis, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah serta dan Raja Puan Muda Besar Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #SultanPerak #MajlisSambutanHariRayaAidilfitriPerak2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini