MGPerak: Media Sosial Disalah Guna, Jadi Medan Perselisihan, Sentuh Sensitiviti kaum

1

Dalam mensyukuri kemeriahan Syawal yang sedang dirai, rakyat di negeri ini diingatkan untuk menghargai dan menginsafi nikmat keamanan yang sedang dikecapi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kebelakangan ini masyarakat sering dihidangkan dengan pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Katanya, sekiranya situasi itu tidak ditangani dengan hikmah, ia dikhuatiri boleh mengguris perasaan, meretakkan hubungan serta menghakis kepercayaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang telah lama bina di negara ini. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #sensitivitikaum #PerayaanAidilfitri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini